HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
Pemuda Pas Perak dan ketaksuban mereka
 

Beberapa hari lalu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan pucuk pimpinan Pakatan sudah pun menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Barisan Nasional.

Langkah yang sememangnya wajar ini, walaupun agak terlambat, sememangnya amat dialu-alukan.

Yang dikesalkan di sini, Pemuda Pas Perak nampaknya tidak sehaluan dengan para pemimpin Pakatan yang lain.

Tidak sampai 24 jam selepas Nizar membuat kenyataan tersebut, mereka (Pemuda Pas) sudah melenting dan mendesak agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Mereka juga "mengancam" untuk terus memberikan penerangan kepada seluruh rakyat dan juga seluruh dunia bagaimana kemelut rampasan kuasa jahat dilakukan oleh Umno dan BN.

Teman memang benar-benar tidak faham apa lagi yang hendak "diperjuangkan" oleh golongan ini.

Sedangkan para pemimpin mereka yang "hebat-hebat" belaka pun akhirnya akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu.

Mereka patut sedar yang ini bukannya masa untuk meneruskan permainanan politik dangkal yang hanya akan merugikan rakyat.

Sepatutnya, mereka harus mengambil iktibar dari apa yang sudah berlaku dan mencari jalan untuk menjadi pihak pembangkang yang efektif.

Desakan-desakan yang tidak masuk akal dan laungan-laungan kosong sudah tentunya tidak akan menguntungkan mana-mana pihak terutama rakyat jelata.

Jika benar mereka mahu hak rakyat dikembalikan, maka seharusnya golongan ini memfokuskan segala tenaga kudrat mereka untuk kebajikan rakyat dan bukannya untuk cuba mendapatkan semula tampuk pemerintahan negeri.

Wallahualam.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com