HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
12/02/2010 - “Ngeh sebenarya tidak ikhlas” – Dr Zambry
 

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry membidas Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang menuduh beliau tidak ikhlas ketika membuat gesaan bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa bekerjasama dengan semua pihak untuk membangunkan negeri dan rakyat.

Sebaliknya, Dr Zambry berkata ADUN Sitiawan itulah yang sebenarnya tidak ikhlas.

"Beliau (Ngeh) lebih arif mengenai hal itu. Saya telah banyak membantu beliau sejak  saya menjadi exco dan Ngeh ketika itu seorang pembangkang. Beliau telah datang ke pejabat saya meminta bantuan berkenaan dengan masalah rakyat dan saya membantunya.

"Sepatutnya saya yang harus bertanya sama ada Ngeh itu seorang yang ikhlas. Ngeh sebenarnya tidak ikhlas," katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis kesyukuran dan perhimpunan rakyat di kediamannya di Ipoh, hari ini.

Dr Zambry mengulas kenyataan Ngeh yang mempertikai keikhlasan beliau berikutan kenyataannya menolak cadangan Pakatan yang mahu mengenakan syarat bagi menjalin kerjasama dengan kerajaan BN pimpinan beliau.

Antara syarat yang dikenakan Pakatan adalah untuk melantik V.Sivakumar sebagai Speaker, dan melantik wakil Pakatan menanggotai jawatankuasa tindakan negeri dan jawatankuasa tindakan daerah.

Dr Zambry berkata syarat yang dikenakan Pakatan adalah tidak wajar sama sekali.

"Ketika Pakatan memerintah, mereka lansung tidak melantik kita untuk menanggotai mana-mana jawatankuasa walaupun kita mempunyai 28 wakil BN. Mengapa masa kita memerintah dan mereka menjadi pembangkang, kita harus berbuat demikian," katanya

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com