HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
12/02/2010 - Dr Zambry ucap terima kasih kepada semua kaum atas kemenangan
 

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat berbilang kaum dan agama di Perak yang telah mendoakan supaya keputusan mahkamah memihak kepada beliau.

Katanya beliau terharu apabila semua rakyat terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India berdoa untuk kemenangan beliau dengan bersembahyang dengan cara fahaman agama masing-masing sehari sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 9 Februari lalu.

"Namum kemenangan ini tidak akan menjadikan saya seorang yang bongkak dan lupa diri. Kemenangan ini bukan kemenangan Dr Zambry tetapi adalah kemenangan rakyat. Dengan  kemenangan ini juga kita mahu lihat semua rakyat bersatu," katanya semasa berucap di majlis kesyukuran dan perhimpunan rakyat di kediaman beliau, Ipoh hari ini.

Dr Zambry juga menegaskan bahawa ini bukanlah masa untuk meraikan kemenangan tetapi adalah masa untuk bekerja membangunkan ekonomi negeri.

Beliau juga mengajak semua pihak bekerja bersama-sama beliau memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan berhenti bermain politik.

"Inilah masanya kita bekerja untuk rakyat, bersama rakyat dan berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Hafarizam Haron dalam ucapannya berkata tuduhan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa negara ini mengamalkan sistem monarki multak adalah tidak benar sama sekali.

Beliau berkata Sultan di negara ini mempunyai dua kuasa mutlak yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Kuasa tersebut, katanya, yang digunapakai sejak perjanjian Malaya 1948 adalah yang berkaitan dengan perlantikan Menteri Besar dan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Katanya contoh yang paling jelas adalah isu perlantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu di mana Sultan telah menolak calon yang dikemukan oleh kerajaan dan akhirnya Menteri Besar yang dilantik adalah mereka yang dipilih Sultan.

"Sistem monarki multak hanya diamalkan di Brunei di mana Sultannya mempunyai kuasa penuh dalam kerajaan. Bagi Malaysia, sistem kita adalah Raja Berpelembagaan dengan Sultan mempunyai kuasa-kuasa tertentu terutama dalam hal Islam dan ketua negeri," katanya.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com