HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
17/10/2008 - PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN BPR TERHADAP SETIAUSAHA POLITIK MB PERAK
 

Image

PEMUDA UMNO Perak telah membuat laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya siasatan penuh dijalankan terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Perak atas dakwaaan salah guna kuasa.  

Ketuanya Zainol Fadzi Paharuddin mendakwa Misbahul Munir Masduki telah menyalah gunakan kuasa atas tindakan beliau mencampuri urusan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Image 

Beliau mendakwa Misbahul telah mengeluarkan satu surat arahan meminta pengarah JPS supaya kerja menyenggara sungai, parit dan tali air diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara rundingan terus.

Katanya sebelum ini semua kerja berkenaan diserahkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang kemudiannya membuka tawaran tender kepada kontraktor di kawasan masing-masing.

“Saya telah menerima panggilan daripada pengerusi PPK Sungai Manik berhubung surat bertarikh 16 Sept daripada pejabat Setiausaha Politik itu yang meminta pengarah JPS Abdul Razak Dahalan supaya tender bagi semua kerja penyenggaraan sistem pengairan diserahkan secara terus kepada JKKK,” katanya kepada pemberita setelah membuat laporan BPR itu.

Zainol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik berkata bertindak atas surat bertarikh 16 Sept itu, JPS kemudiannya mengeluarkan satu surat arahan bertarikh 6 Oct memaklumkan semua PPK mengenai perkembangan terbaru itu.

“JPS tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini kerana jabatan itu hanya mengikut arahan.

“Walau bagaimanapun ianya adalah satu tindakan yang tidak wajar,” katanya.

Jelasnya lagi arahan menyerahkan semua kerja-kerja ini terus kepada JKKK yang dilantik menunjukkan kerajaan negeri seolah-olah menidakkan bidang tugasan dan keupayaan kontraktor di kawasan tersebut.

Zainol berkata beliau percaya arahan yang sama juga ada dikeluarkan kepada PPK di semua daerah negeri Perak.

Sementara itu di Teluk Intan, Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman juga telah membuat laporan BPR terhadap Misbahul atas dakwaan yang sama.
 
Image

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com