HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
08/02/2010 - Ipoh bakal punyai sistem pengangkutan awam lebih efisyen
 

Bandarraya Ipoh bakal mempunyai sistem pengangkutan awam yang lebih efisyen apabila Kompleks Terminal Bas Bersepadu di Bandar Meru Raya siap pada 2012.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, kompleks bernilai RM38 juta itu akan berperanan sebagai pusat hentian bas antara negeri dan bandar akan menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa apabila siap dalam tempoh dua tahun kelak.

Katanya pembinaan terminal bas itu merupakan usaha berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan sistem pengangkutan awam terbaik kepada rakyat.

"Usaha ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rzak menerusi Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang mahu sistem pengangkutan awam dinaik taraf," katanya.

Zambry berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) juga sedang dalam proses perbincangan dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi membina sebuah lagi pusat pengangkutan awam bersepadu di tengah bandar raya Ipoh.

Jelas beliau, projek yang dinamakan Ipoh Sentral itu akan menghubungkan semua pengangkutan awam di bandar raya ini iaitu keretapi, bas dan teksi.

Katanya, pembinaan kemudahan itu akan melengkapkan jaringan pengangkutan awam di Perak sekali gus menjadikannya lebih cekap dan menarik lebih ramai pengguna.

Mengenai sistem pengangkutan awam yang bermasalah di daerah-daerah, beliau berkata, masalah tersebut perlu diselesaikan segera demi kepentingan rakyat.

Justeru, katanya, kerajaan negeri telah memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam di seluruh negeri yang telah uzur dan menjadi rungutan rakyat.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com