HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
06/02/2010 - Skuad Sayang bakal saksi kebangkitan semula Wanita BN
 

Wanita Barisan Nasional hari ini melancarkan Squad Sayang BN yang mana akan menyaksikan kebangkitan sayap kanan parti itu.

Pelancaran squad itu disempurnakan oleh Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Menteri Besar di kediaman rasmi beliau di Ipoh.


Menurut Zambry pelancaran skuad itu menjadikan Perak sebagai negeri penanda aras bagi kebangkitan Wanita BN dengan mendekati rakyat menggunakan konsep "Jom Cari Kawan".

"Kita perlu ada komitmen dan tunjukkan bahawa kita (BN) tidak gentar walaupun dalam apa jua krisis dan keadaan provokatif serta propaganda yang dilakukan pihak pembangkang.

"Saya percaya, semangat bekerja wanita BN amat kuat walau dalam apa jua keadaan. Walaupun terpaksa berdepan dengan maki-hamun dan cacian, mereka pasti berjaya sekiranya menggunakan konsep ini," katanya.

Beliau berkata untuk mengembalikan keyakinan rakyat, BN perlu bersatu dan bergerak dalam satu pasukan yang mempunyai komitmen dan matlamat yang sama.

Ini akan menguatkan lagi parti BN untuk berdepan dengan agenda  pembangkang, katanya.  


Zambry juga berkata bermula tahun ini juga, kerajaan negeri akan menekankan kepada aspek pengurusan berteraskan hasil.

"Kita tidak boleh berterus-terusan berpolitik secara keterlaluan. Budaya ini hanya akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada  sistem politik negara."

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com