HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
05/02/2010 - Pendirian Nik Aziz ibarat iklan “biskut chipsmore”
 

Kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat diibaratkan seperti iklan "biskut chipsmore" berikutan pendiriannya yang sering berubah-ubah.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Nik Aziz yang dahulunya menentang keras cadangan kerjasama diantara PAS dan UMNO tiba-tiba mengubah pendirian dengan melahirkan hasrat supaya kerjasama itu diwujudkan.

"Saya pelik dengan kenyataan terbaru Nik Aziz..sentiasa berubah-ubah. Kejap nak...kejap tak nak. Macam iklan chipsmore "kejap ada, kejap tak ada," katanya.

Zambry yang juga pengerusi Badan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak bagaimanapun berkata, walaupun dianggap pelik, beliau tetap mengalu-alukan hasrat Nik Aziz itu.

"Kalau betul ikhlas..kita (UMNO) amat mengalu-alukan pekara sebegini. Ini adalah benda baik," katanya.

Katanya UMNO tidak ada halangan kerana untuk perbincangan seperti itu diadakan kerana ianya adalah untuk kebaikan dan penyatuan orang Melayu.

Katanya perbincangan antara PAS dan UMNO adalah seiring dengan tuntutan agama yang mahukan umatnya supaya tidak berpecah belah.

Nik Aziz dalam kenyataannya melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan Umno dalam usaha menegakkan kepentingan umat dan agama Islam di negara ini.

Beliau mengakui pertelingkahan yang berlaku antara Pas dan Umno sejak lebih 50 tahun lalu, tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Nik Aziz juga berkata beliau sangat gembira jika majlis membabitkan keagamaan dibuat kerana pertelingkahan antara PAS dan UMNO tidak membawa apa-apa hasil.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
A desperate Pakatan still bent on creating chaos in Perak, says Hamidah.
My Say

By Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Perihal lawatan ke Amerika Syarikat
   
Image

 

By My Two Cents

Time for everyone to serve unconditionally
 
Image


By Anak
Perak

Pemuda Pas Perak dan ketaksuban mereka 
 
 
  Image

Image  
Image  
Image  
Image  
 
   

QUICKLINK


Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com