HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
05/02/2010 - Penjawat awam diberi amaran elak penyalahgunaan kuasa
 

Ekoran penahanan empat kakitangan agensi kerajaan di negeri ini dalam skandal permit mengeluarkan pasir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir memberi amaran keras kepada semua penjawat awam supaya mengelak penyalahgunaan kuasa.

Beliau menegaskan, tindakan segelintir penjawat awam yang tidak bertanggungjawab itu akan memberikan imej buruk kepada majoriti kakitangan kerajaan lain yang menjalankan tugas dengan baik.

"Saya tidak akan bertolak ansur dalam ini kerana menjadi dasar kerajaan negeri untuk pastikan penjawat awam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

"Kita tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan kita tidak akan biarkan ia menjadi barah dalam setiap organisasi kita,'' katanya.

Beliau bercakap demikian ketika mengulas mengenai penglibatan empat kakitangan agensi kerajaan negeri ini dalam skandal mendapatkan kelulusan permit mengeluarkan pasir di Kuala Kangsar baru-baru ini.

Dalam perkara lain, Zambry berkata kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina pada 21 Februari ini di lokasi yang belum ditetapkan.

"Pada masa ini, kita sedang pilih lokasi sesuai dan kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di tempat yang mempunyai ramai komuniti kaum Cina.

"Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga berkenan untuk mencemar duli bagi menghadiri sambutan Tahun Baru Cina ini,'' katanya.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com