HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
01/02/2010 - Zambry cabar Nizar dan wakil rakyat Pakatan kosongkan kerusi
 

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mencabar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan wakil rakyat pembangkang supaya mengosongkan kesemua 28 kerusi yang dimenangi mereka.

Katanya Nizar dan barisan wakil rakyat Pakatan seharusnya tidak merasa takut untuk mengosongkan kerusi masing-masing jika mereka rasa mereka begitu popular di kalangan rakyat.  

"Kalau rasa popular, kenapa tidak kosongkan 28 kerusi yang mereka kuasai sekarang. Kita tengok sama ada mereka dapat kesemuanya semula atau tidak.

"Kita tidak layan desakan mereka sebab bukan soal takut, tetapi tidak mahu ikut rentak permainan mereka,'' katanya.

Zambry juga menggesa parti pembangkang menghentikan tindakan mereka daripada terus menganggu-gugat pentadbiran kerajaan negeri, jika mereka benar-benar ikhlas mahu memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya tindakan pembangkang yang tidak henti-henti menabur fitnah memperlihatkan mereka tidak senang dengan kejayaan kerajaan negeri dalam membantu rakyat.

"Saya tidak terkejut dengan sikap mereka (pembangkang) yang sengaja menimbulkan isu seolah-olah cuba mempertahankan diri, termasuk dakwaan mereka bahawa pelabur-pelabur telah lari dari Perak.

Mengulas lanjut, beliau yakin, pembangkang akan terus menggunakan pelbagai pendekatan dalam usaha mengaburi kepercayaan rakyat terhadap keseriusan kepimpinan sedia ada untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

"Pendekatan ini (mengaburi kepercayaan) tidak langsung mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Mereka (pembangkang) kata nak bantu rakyat tapi usaha berterusan kita dalam membantu rakyat meresahkan mereka (pembangkang).

"Kalau mereka betul-betul nak tolong, mereka patut bersama-sama kita membantu rakyat. Tetapi inilah tabiat mereka, suka bermain dengan kenyataan bersifat retorik,'' katanya kesal.

Zambry berkata, sebagai pihak yang bertanggungjawab menentukan hala tuju negeri, beliau tidak suka mengeluarkan kenyataan berunsur retorik seperti diamalkan oleh pihak pembangkang kerana tidak mahu mengecewakan rakyat.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com