HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
30/01/2010 - Pekebun Limau Bali Tambun dapat pajakan tanah 99 tahun
 

Isu tanah melibatkan para pekebun Limau Bali di Tambun yang berlarutan sejak sekian lama kini selesai apabila kerajaan negeri bersetuju memberikan hak pajakan selama 99 tahun kepada 62 petani di situ.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika membuat pengemuman ini berkata keputusan memberikan hak pajakan 99 tahun itu dibuat atas dasar pekebun terbabit telah mengusahkan ladang masing-masing sejak 60 hingga 80 tahun yang lalu.

Selain daripada itu, katanya, kerajaan negeri mengiktiraf bahawa Limau Bali yang ditanam di Tambun sememangnya sudah terkenal seluruh dunia dan menjadi ikon produk pelancongan negeri khususnya di Ipoh.

"Pertimbangan kita adalah berdasarkan kesemua mereka ini merupakan petani yang telah mengerjakan tanaman Limau Bali sejak beberapa generasi yang lalu.

"Keluasan kawasan yang kita luluskan adalah 44ha di Tambun dengan setiap lot ladang berukuran diantara 0.2ha hingga 1.7ha," katanya.

Zambry turut mengumumkan pengecualian bayaran denda kerana meneroka tanah kerajaan secara haram selama ini.

Bagi pajakan tersebut, kerajaan negeri mengenakan premium sebanyak RM1,000 bagi setiap hektar tanah ladang, katanya.

Beliau turut berkata kerajaan negeri sedang meneliti permohonan lain di sekitar kawasan Tambun dan akan membuat keputusan sama tidak lama lagi.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com