HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
28/01/2010 - Zambry: Saya tidak akan diheret dalam permainan politik kotor Pakatan
 

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berikrar tidak akan melatah dan membiarkan dirinya terjerat dalam kancah permainan politik kotor Pakatan.

Katanya walaupun diasak bertubi-tubi dalam pelbagai bentuk provokasi oleh pemimpin Pakatan, beliau masih suka memilih untuk mengambil sikap bertenang.

"Saya ingin mengulangi pendirian saya bahawa tidak mahu diheret dalam permainan politik kotor mereka. Pelbagai cara digunakan untuk mengasak saya bertubi-tubi dengan harapan saya akan bertindak balas. Ini tidak mungkin terjadi kerana saya tidak akan ikut cara mereka," katanya.

Baru-baru ini, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan bahawa Pakatan akan melancarkan kempen ceramah seluruh pelusuk Perak selama dua minggu bagi memperingati peralihan kuasa Pakatan ke Barisan Nasional Februari tahun lalu sebagai persiapan menghadapi 9 Februari yang mana Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan mengenai kedudukan Menteri Besar Perak.

Zambry menyifatkan kenyataan Nizar itu sebagai langkah perang psikologi yang tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Katanya faktor utama disebalik kempen Pakatan itu hanyalah bertujuan untuk mengalih fokus kerajaan BN daripada melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. 

"Apa yang mereka lakukan juga bertujuan memberi gambaran buruk terhadap negeri Perak," katanya.

Katanya beliau tidak berminat untuk menasihati pemimpin pembangkang ini kerana mereka selalu beranggapan diri mereka adalah pemimpin yang hebat.

"Jika mereka hebat, maka mereka seharusnya tahu bagaimana membawa diri mereka. Apa yang saya mahukan supaya mereka berhenti dari melakukan tindakan gila termasuklah menyebarkan propaganda dan putar belit mereka," katanya.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry takes the lead in gotong royong at Felcra Nasarudin
My Say

By Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Perihal lawatan ke Amerika Syarikat
   
Image

 

By My Two Cents

Time for everyone to serve unconditionally
 
Image


By Anak
Perak

Pemuda Pas Perak dan ketaksuban mereka 
 
 
  Image

Image  
Image  
Image  
Image  
 
   

QUICKLINK


Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com