HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
28/01/2010 - Formula baru cepatkan kelulusan projek pelaburan di Perak
 

Satu formula baru akan diperkenalkan bagi mempercepatkan lagi proses kelulusan kemasukan projek pelaburan yang semakin rancak sejak tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan negeri sedang mencari satu pendekatan terbaik bagi memperbaiki lagi proses kelulusan projek yang masuk ke negeri ini.

Langkah itu amat penting bagi mengelak para pelabur menunggu masa terlalu lama untuk memulakan operasi mereka, katanya.

"Sebarang kelewatan dalam proses kemasukan pelaburan boleh menyebabkan golongan pelabur hilang minat untuk beroperasi di Perak.

"Jadi kita akan pastikan kakitangan dan jabatan kerajaan terlibat menyiapkan tugas itu dalam satu jangka masa tertentu supaya golongan pelabur berpuas hati dengan perkhidmatan yang kita berikan,'' katanya.

Zambry juga berkata, prestasi kerja kakitangan dan jabatan kerajaan itu akan dipantau oleh Jawatankuasa Invest Perak yang akan membuat laporan terus kepada Exco kerajaan negeri terlibat iaitu Datuk Hamidah Osman.

Kata beliau, langkah berkenaan diambil semata-mata bagi memastikan Invest Perak dapat meneruskan usaha menarik pelaburan dengan lebih lancar sekaligus memajukan lagi ekonomi negeri.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri telah menandatangani empat memorandum perjanjian dan persefahaman di Arab Saudi, Qatar dan India baru-baru ini.

Jelas beliau, perjanjian berkenaan dijalankan sewaktu beliau mengikuti lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negara-negara terbabit baru-baru ini.

Kata beliau, perjanjian tersebut ditandatangani bersama syarikat Saamya Biotech Ltd, Rocking Pixel, syarikat penapisan minyak dan BioFarm India (PVT) Ltd yang secara keseluruhannya bernilai berbilion ringgit.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Perak state government to assist Chinese and Tamil schools
My Say

By Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Perihal lawatan ke Amerika Syarikat
   
Image

 

By My Two Cents

Time for everyone to serve unconditionally
 
Image


By Anak
Perak

Pemuda Pas Perak dan ketaksuban mereka 
 
 
  Image

Image  
Image  
Image  
Image  
 
   

QUICKLINK


Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com