HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
25/01/2010 - Pengagihan subsidi kepada sekolah bantuan modal di Perak
 

Buat julung kalinya, kesemua 197 sekolah bantuan modal di Perak akan mendapat bantuan subsidi bagi melangsaikan bayaran bil elektrik dan air.

Exco Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata bagi tujuan itu kerajaan negeri telah memperuntukkan dana RM1juta bagi diagihkan secara beperingkat-peringkat tidak lama lagi.

Katanya bantuan itu akan dimanfaat oleh 112 Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan 85 Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil.

Beliau bagaimanapun, enggan mengumumkan jumlah peruntukan yang bakal diterima setiap sekolah itu kerana penilaian adalah berdasarkan kepada beberapa faktor termasuk bilangan murid dan kemudahan asas yang dimiliki sekolah.

"Kita melantik dua penyelia daripada Jabatan Pelajaran negeri untuk membuat bancian terperinci di setiap sekolah bantuan modal. Selain jumlah murid, sekolah yang tidak mempunyai kemudahan asas lengkap bakal menerima peruntukan yang lebih besar," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mah berkata, dana itu adalah julung kali diperkenalkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia dalam memastikan semua sekolah bantuan modal beroperasi dengan lancar.

Beliau juga berkata, bantuan subsidi itu sudah diputuskan oleh kerajaan negeri dalam Bajet 2010.

"Kita juga sudah dapat formula bagaimana untuk mengagihkan peruntukan ini secara adil dan saksama. Ia mungkin tidak sempurna tetapi ia adalah kaedah terbaik yang kita dapat lakukan untuk semua sekolah bantuan modal di Perak," katanya.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Perak state government to assist Chinese and Tamil schools
My Say

By Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Perihal lawatan ke Amerika Syarikat
   
Image

 

By My Two Cents

Time for everyone to serve unconditionally
 
Image


By Anak
Perak

Pemuda Pas Perak dan ketaksuban mereka 
 
 
  Image

Image  
Image  
Image  
Image  
 
   

QUICKLINK


Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com