HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
25/01/2010 - Pemuda UMNO Ipoh Timur bela nasib dua beradik warga emas
 

Nasib dua beradik warga emas dari Kuala Pari di Ipoh yang atap rumah mereka rosak teruk akibat dilanda ribut pada 17 Disember lalu, mendapat perhatian  Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur dan Felcra Berhad.

Salmiah, 71, dan Sa'diah Hashim, 79, yang masih bujang dan tidak mempunyai keluarga lain, kini menarik nafas lega kerana rumah mereka tidak lagi dimasuki air hujan selepas atapnya dibaiki.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Ipoh Timur, Hairul Anwar Mohamed Noor, pihaknya mendapatkan bantuan Felcra Berhad bagi membantu membaik pulih atap rumah serta memberikan bantuan makanan kepada dua warga emas itu.

"Kita juga berusaha membantu Salmiah dan Sa'diah mendapat wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta agensi lain,'' katanya selepas menziarahi dua beradik itu di rumah mereka.

Kedua-dua warga emas itu tidak mempunyai sebarang pendapatan dan dijaga oleh sebuah keluarga yang menyewa bahagian bawah rumah mereka.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Perak state government to assist Chinese and Tamil schools
My Say

By Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Perihal lawatan ke Amerika Syarikat
   
Image

 

By My Two Cents

Time for everyone to serve unconditionally
 
Image


By Anak
Perak

Pemuda Pas Perak dan ketaksuban mereka 
 
 
  Image

Image  
Image  
Image  
Image  
 
   

QUICKLINK


Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com