HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
14/10/2008 - ANGIN PERUBAHAN
 

Image

KEPUTUSAN
pusingan pertama persidangan perwakilan membabitkan enam bahagian UMNO Perak minggu lepas menyaksikan ‘orang lama' yang masih berhasrat  mempertahankan jawatan ketua bahagian ditolak oleh ahli akar umbi.

Ini berikutan kekalahan dua ketua bahagian yang dianggap veteran iaitu ketua UMNO bahagian Taiping Datuk Dr Malek Hanafiah dan ketua UMNO Bahagian Beruas Datuk Hamdi Abu Bakar.

Malek yang juga bekas ADUN Kamunting gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 1993 itu setelah tewas di tangan ahli perniagaan Datuk Ahmad Shalimim Ahmad Shafiee dengan majoriti 14 undi.

Kemenangan Ahmad Shalimin agak mengejutkan kerana beliau hanyalah ahli biasa yang tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat bahagian.

Manakala, Hamdi pula tumbang setelah ditewaskan oleh naib ketua UMNO Bahagian Beruas Abd Manaf Hashim dengan majoriti 18 undi.

ADUN Pengkalan Baru itu telah mememegang jawatan ketua UMNO Bahagian Beruas selama lebih kurang 20 tahun sejak lima penggal yang lalu.

"Kekalahan mereka (Malek dan Hamdi) menunjukkan ahli menolak pemimpin-pemimpin yang telah terlalu lama memegang jawatan.

"Inilah yang dikatakan kuasa akar umbi.

"Mereka inginkan perubahan dengan memilih orang baru. Ahli berharap pemimpin baru yang dipilih ini akan dapat menyumbang memajukan ekonomi dan politik di tempat masing-masing," kata seorang pemerhati politik.

Muka baru lain adalah Datuk Zaili Cha yang memenangi kerusi ketua UMNO Bahagian Bagan Serai setelah berjaya mengetepikan pencabarnya Mohd Noor Dawoo dengan majority 102 undi.

Zaili mendapat 258 undi manakala Mohd Noor yang juga bekas ketua Pemuda bahagian menerima 156 undi.

Jawatan ketua UMNO Bahagian Bagan Serai itu kosong apabila penyandang Datuk Zainal Abidin Beliau berbuat demikian atas alasan mengambil tanggungjawab di atas kekalahan besar Barisan Nasional kepada PAS di kawasan parlimen Bagan Serai pada pilihan raya umum lepas.

Sementara itu, Datuk Dr.Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Mohd. Radzi Manan dan Datuk Abdul Rahman Suliman masing- masing kekal sebagai ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Kampar dan Parit Buntar.

Lapan lagi daripada 24 UMNO bahagian negeri itu, iaitu Padang Rengas, Bukit Gantang, Gerik, Lenggong, Ipoh Barat, Batu Gajah, Tapah dan Tanjung Malim dijadual mengadakan persidangan perwakilan mereka hujung minggu ini.

Kecuali Ipoh Barat, tujuh bahagian lain akan menyaksikan ketua bahagiannya mengekalkan jawatan masing-masing berikutan keputusan tiada pertandingan bagi merebut kerusi tersebut.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
.
Cetusan Minda
Sandiwara terbaru pembangkang
Menangani dakyah pembangkang
When shown facts, Pakatan reps opted to walk out
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com