HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
Pihak yang benar akan terbela juga akhirnya
 

Pada awal bulan ini, kecoh juga pihak media di Perak angkara artikel di Suara Keadilan yang bertajuk "Zambry disyaki pengganas".

Akibatnya, tuan empunya tubuh yang biasanya hanya tersenyum dengan telatah pembangkang hilang sabar dan mengambil keputusan untuk menyaman Suara Keadilan.

Memang tidak boleh disalahkan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir itu.

Sesiapa pun, termasuk para wartawan, yang membaca artikel yang melampau pasti akan menggelengkan kepala.

Yang pelik dan ajaibnya, media arus perdana saban hari dihentam serta dikritik apabila mengeluarkan artikel-artikel yang mengkritik pemimpin pembangkang walaupun ada kebenarannya.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku di sini?

Di manakah letaknya "accountability"dan kredibiliti pihak penerbitan Suara Keadilan yang kononnya memetik sumber dari pejabat Menteri Besar?

Zambry dikatakan telah dihalang memasuki Amerika Syarikat kerana namanya telah dikaitkan dengan senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Artikel itu menyatakan bahawa beliau telah ditahan pihak Imigresen sebaik sahaya sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 9 Disember lalu semasa dalam misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Akibat gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan, beliau terpaksa mengambil pesawat pulang ke Malaysia.

Bagi mereka yang mengikuti rombongan tersebut, pastinya akan terpinga-pinga dengan laporan yang langsung tidak berasas tersebut.

Dan seperti kata Zambry ketika ditanya wartawan - Yang keluar di TV3 itu hantu ke?

Yang jelas disini, Suara Keadilan telah diberi peluang untuk memberi maklum balas oleh para peguam Zambry.

Jawapan yang diterima pula amat menyedihkan...

Dalam isu Suara Keadilan 12 Jan - 19 Jan, mereka menafikan sama sekali dakwaan bahawa artikel itu berunsur fitnah.

Dengan angkuhnya, mereka menyatakan hasrat untuk meneruskan kes ini ke mahkamah dan mempunyai hak kepada pembelaan di bawah Akta Fitnah 1957 dan undang-undang sedia ada.

Teman pun tidak tahu apa lagi yang bermain di benak kepala mereka ini tetapi yang jelasnya, tuhan sentiasa bersama pihak yang benar.

Dan walaupun semua pihak mempunyai hak di bawah undang-undang negara, janganlah pula ia disalahgunakan untuk menghalalkan segala jenis fitnah dan pembohongan.    

Wallahualam.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com