HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
13/10/2008 - UMNO PERAK CALON ZAHID UNTUK JAWATAN NAIB PRESIDEN
 

Image

BADAN
Perhubungan UMNO Negeri Perak sebulat suara menyokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon naib pengerusi UMNO.

Keputusan itu dicapai selepas pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali mepengerusikan satu mesyuarat khas bersama kesemua 24 ketua bahagian UMNO Perak pada malam 11 Oct.

Mesyuarat yang berlansung hampir satu jam itu bagaimanapun gagal mendapatkan kata sepakat bagi calon timbalan pengerusi UMNO.

Tajol Rosli, dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat itu berkata beliau tidak mengumumkan calon pilihan kerana setiap bahagian mempunyai pandangan berbeza.

Katanya Badan Perhubungan Negeri menyerahkan keputusan pencalonan kepada kebijaksanaan setiap bahagian masing-masing.

Tegasnya walaupun Perak mengambil langkah membernarkan setiap bahagian membuat pencalonan masing-masing, ini tidak bermakna Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendapat sokongan majoriti ketua-ketua UMNO bahagian di Perak.

"Saya tidak akan mengumunkan calon pilihan bagi timbalan pengerusi walaupun hanya ada satu bahagian yang mempunyai pandangan berbeza mengenai calon-calon yang bertanding," katanya.

Jawatan timbalan presiden UMNO kali ini menyaksikan pertandingan sengit dengan empat calon menawarkan diri untuk bertanding.

Mereka adalah Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam, Menteri Pembangunan Luar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Mohamad Taib dan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Tajol Rosli berkata mesyuarat itu juga telah merestui tujuh calon daripada Perak yang akan bertanding bagi jawatan Anggota Majlis Tertinggi.

Tiga daripada mereka adalah bekas ketua UMNO Bahagian Gopeng Datuk Seri Aziz Samsudin, timbalan Menteri Kewangan Datuk Husni Hanadzlah dan Ahli Parlimen Larut Datuk Hamzah Zainuddin yang mempertahankan kerusi masing-masing.

Image   Image 

Manakala empat lagi calon yang akan bertanding adalah Ahli Parlimen Kampung Gajah Datuk Tajuddin Rahman, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor Senator Datuk Azian Osman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

Image   Image

Beliau menambah Badan Perhubungan Negeri memberi restu menyokong ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah Dr Wan Norashikin Wan Nordin yang bertanding merebut jawatan naib Ketua Puteri.

Image

Menjawab satu soalan lain, Tajol Rosli berkata kecenderungan Wanita Perak di peringkat bahagian mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai calon Wanita UMNO adalah keputusan sayap berkenaan dalam menentukan  hala tuju pergerakan itu.

"Saya tidak boleh menjawab bagi pihak Pergerakan Wanita," katanya.

Beliau diminta mengulas tindakan beberapa bahagian UMNO di Perak dan juga seluruh Negara mencalonkan Shahrizat bertanding jawatan Ketua Wanita daripada mengekalkan Tan Sri Rafidah Aziz walaupun sudah ada persefahaman antara kedua pemimpin itu untuk melakukan peralihan kuasa pada Jun depan.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com