HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
Kartun pun boleh menangis dek telatah Pakatan di Perak
 

Memang amat menyedihkan apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersetuju negeri bertuah ini digelar sebagai Perak Darul Kartun.
 
Kita semua faham akan kekecewaaan yang dilalui oleh beliau dan kroni-kroninya setelah hilang tampuk pemerintahan negeri, tetapi tindakan beliau yang terbaharu ini sangat mendengkelkan.
 
Apa tidaknya, ketika melancarkan komik terbaru keluaran Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque di Hulu Kelang 13 Disember lalu, beliau dipetik oleh Harakah sebagai berkata:
 
"Apa yang dilakukan oleh Umno-BN di Perak adalah sangat jelek sehinggakan Perak kini jadi bahan ketawa masyarakat dunia.
 
"Malah jika sesuatu watak kartun dapat hidup, watak itu pun akan ketawa melihat tingkah laku pemimpin BN. Maka wajar sekali Perak kini digelar Perak Darul Kartun."
 
Teman hanya mampu beristigfar dan menggelengkan kepala berkali-kali apabila menatap artikel (Harakah isu 18-20 Disember) yang amat menghina itu.
 
Memang mudah untuk beliau berucap dengan begitu biadap sekali untuk menagih simpati politik.
 
Tetapi bagi para penyokong setia Pakatan , teman nasihatkan agar mengimbau kembali beberapa insiden di Perak sebelum menyokong dengan membuta tuli.
 
Ketika sidang DUN haram di bawah pokok pada 3 Mac dahulu, pihak manakah yang sebenarnya merasakan diri mereka di luar bidang kuasa undang-undang ataupun above the law?
 
Siapakah yang menjadi dalang untuk mengapikan kemarahan rakyat  sedangkan pihak yang berwajib telah berkali-kali melarang perhimpunan tersebut diadakan?
 
Hanya kerana gilakan publisiti daripada stesen-stesen TV asing, maka maruah diri digadai untuk meraih simpati.
 
Masih terngiang-ngiang lagi di telinga bagaimana YB Nga Kor Ming menjerit berkali-kali: "The whole world is watching!"
 
Teman memang amat bersetuju tetapi ayat yang lengkap adalah: "The whole world is watching us making a fool of ourselves!"
 
Tidak cukup dengan itu, Pakatan sekali lagi cuba mempertaruhkan nasib pada sidang Dun 7 Mei.
 
Ibarat anak-anak kecil, mereka meluru masuk ke dalam dewan dan menukar tanda-tanda nama ADUN yang telah ditetapkan kedudukan masing-masing lebih awal.
 
Semuanya kerana kemaruk kuasa....
 
Apabila Datuk R. Ganesan dilantik sebagai Speaker yang baru, ADUN Tronoh V. Sivakumar sanggup menahan call of nature selama 5 jam demi mempertahankan kerusi Speaker.
 
Dan apabila pihak polis terpaksa dipanggil untuk mententeramkan suasana dan menarik Sivakumar keluar dari dewan, Pakatan mendakwa telah dizalimi.
 
Jika diamati betul-betul, siapa yang sebenarnya menjadi kartun di sini?
 
Wallahualam.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com