HOME PROFILES NEWS ARCHIVES PHOTO GALLERY FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
20/08/2013 -- Nilai Diri Sebelum Ambil Keputusan Bertanding Dalam Parti
 

Image

Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Yusoff Kassim menasihati semua ahli parti itu supaya menilai diri sebelum berfikir untuk bertanding dalam mana-mana jawatan.

Katanya, sistem pencalonan terbuka di dalam parti itu tidak harus disalahgunakan oleh ahli-ahli parti untuk bertanding tanpa memikirkan kemampuan diri.

"Saya nasihatkan orang yang nak bertanding dalam pewakilan UMNO tidak kiralah di peringkat apa pun supaya nilai diri dahulu.

"Kalau nak bertanding juga pastikan kemampuan diri cukup serta mampu membuat kerja dan menggalas tanggungjawab.

"Kita tidak mahu ada ahli-ahli parti yang hanya bertanding untuk suka-suka. Kalau begitu, saya nasihatkan tak perlulah mencalonkan diri untuk bertanding.

Katanya lagi, bagi ahli UMNO yang ingin bertanding dalam pewakilan parti tidak lama lagi, janganlah terlalu ikutkan emosi semata-mata.

Sebaliknya beliau menambah, golongan perlu berfikir semula sebelum meneruskan keinginan tersebut.

"Saya bercakap begini bukan kerana saya tidak membenarkan mereka bertanding tetapi sebolehnya saya tidak mahu melihat UMNO mengalami masalah sekiranya ahli-ahli yang tidak berkemampuan dipilih sebagai pemimpin parti.

"Saya nak nasihatkan tapi nanti ada pula orang kata kita cuba nak kontrol.

"Sebagai Ketua Bahagian saya mahu ahli UMNO pilih pemimpin yang terbaik untuk parti tetapi masalahnya mereka tahukah siapa yang terbaik,"katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Batu Gajah.

Menurut Yusuff lagi, ahli-ahli UMNO juga dinasihatkan supaya tidak memilih calon pemimpin mereka berdasarkan populariti.

Sebaliknya, aspek kepimpinan serta kemampuan calon berkenaan untuk bekerja harus dijadikan keutamaan.

"Saya nasihatkan pada ahli Umno kita pilihlah calon yang benar-benar boleh membuat kerja.

"Kenali calon dan janganlah pilih berdasarkan populariti semata-mata,"katanya lagi


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
Feature Video
 
Hapuskan Kawasan Longgokan Sampah- Datuk Dr Mah Hang Soon.
Online Links

Image

 

Datuk Seri Najib Razak

Image


Tan Sri Muhyiddin Yassin

Image

 


Tun Dr Mahathir Mohamad

Image


Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Image

 

UMNO

Image

 

MCA

Image

 

MIC

Image

 

Gerakan

Image

 

PPP

2014 Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved. Email Contact : perakbn@gmail.com
email: perakbn@yahoo.com