HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
TAJOL ROSLI TETAP YAKIN TARIKH KERAMAT 31 OGOS
 

Image

PENGERUSI Barisan Nasional negeri Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali masih yakin bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang pada hari negara menyambut ulang tahun kemerdekaan.

Tajol Rosli meluahkan keyakinan itu apabila ditanya mengenai perkara tersebut semasa satu sesi sidang akhbar selepas menghadiri pembarisan tahunan St John Ambulance di Taman DR Seenivasagam pada 3 Ogos.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut samada wujud di kalangan ADUN Pakatan Rakyat yang akan menyeberang untuk bersama-sama Barisan Nasional membentuk kerajaan baru di Perak.

Apabila ditanya lagi samada peralihan kuasa itu benar-benar akan berlaku, Tajol Rosli hanya menganggukkan kepala berkali-kali.

Mengulas laporan polis yang dibuat beberapa pihak berikutan kenyataan beliau bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan tumbang pada 31 Ogos, Tajol Rosli mencabar pihak yang membuat laporan tersebut supaya berbuat pekara yang sama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mengapa orang yang sama ini tidak membuat laporan polis apabila Anwar berkata beliau Kerajaan Persekutuan akan tumbang pada 16 Sept?" soalnya.

Bulan lepas, Tajol Rosli telah menyatakan bahawa beliau menjangkakan lebih daripada dua wakil rakyat Pakatan Rakyat akan meninggalkan parti berkenaan dan akan membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri di Perak.

BN hanya memerlukan dua kerusi untuk membolehkan ia berkuasa semula.

Dengan hanya 31 kerusi dimiliki Pakatan Rakyat manakala BN 28, ini telah meletakkan kerajaan Pakatan dalam keadaan bahaya.

Tajol Rosli kemudiannya diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang menyifatkan beliau tidak seharusnya terlalu cepat  membuat tawaran bekerjasama dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Perak.

"Semua orang ada pandangan mereka masing-masing. Itu pandangan beliau (Muhammad)....sesetengah berpendapat tawaran saya itu tepat pada waktunya manakala ada juga yang tidak bersetuju...," katanya.

Pada 29 Julai lalu, Tajol Rosli telah menawar Pas untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan yang lebih kukuh di Perak.

Beliau berkata wakil Pas boleh terus memegang jawatan Menteri Besar jika parti itu bersetuju dengan tawaran Umno.

Tajol Rosli juga memberi jamiman tidak akan menyertai barisan exco atau memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan bagi mengelak tohmahan bahawa beliau mahu menguasai pentadbiran kerajaan negeri baru yang dibentuk kelak.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
A desperate Pakatan still bent on creating chaos in Perak, says Hamidah.
My Say

By Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Perihal lawatan ke Amerika Syarikat
   
Image

 

By My Two Cents

Time for everyone to serve unconditionally
 
Image


By Anak
Perak

Pemuda Pas Perak dan ketaksuban mereka 
 
 
  Image

Image  
Image  
Image  
Image  
 
   

QUICKLINK


Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com