HOME PROFILES NEWS ARCHIVES PHOTO GALLERY FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
30/3/2013 -- Senarai Calon BN Perak Sudah Dimuktamadkan
 

Image

SENARAI calon dan kerusi yang bakal mewakili setiap parti komponen Barisan Nasional (BN) Perak sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan pada masa yang sesuai nanti.

Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kedua-dua perkara itu sudah dimuktamadkan dan bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN pusat.

Menurutnya, sehubungan itu semua pemimpin dan penyokong BN Perak wajib menzahirkan taat setia kepada mana-mana calon yang bakal bertanding supaya tsunami politik 2008 tidak berulang lagi, sekaligus menjamin kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Sebagai manusia, sudah menjadi lumrah jika ada pihak yang merajuk sementara jika namanya tidak disenaraikan sebagai calon.

"Merajuk sementara itu perkara biasa...mungkin dia antara dua atau tiga calon yang kita senaraikan berpotensi tetapi bagi ahli yang setia, mereka akan akur asalkan BN membuat keputusan terbaik dan menang pilihan raya nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Maahad Tahfiz Pulau Pangkor di Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor, dekat Lumut, pada Sabtu.

Projek yang menelan kos kira-kira RM8 juta bagi fasa pertama itu dijangka siap pada Ogos 2014.

Dr. Zambry yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut berkata, semalam beliau telah menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada salah seorang Ketua UMNO Bahagian semalam berhubung dengan pemilihan bakal calon pada PRU-13 akan datang.

"Pemimpin itu menunjukkan sikap yang terpuji kerana menyatakan rasa syukur Alhamdulillah beliau sekiranya terpilih sebagai calon PRU-13.

"Dan sekiranya dia tidak terpilih pun, beliau tetap menyatakan syukur Alhamdulillah dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan terbaik.

"Ini adalah contoh seorang pemimpin yang taat dan setia kepada perjuangan BN," katanya.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
Feature Video
 
Tingkatkan Kesedaran Elak Guna Orang Tengah- DS Ismail Sabri Yaakob.
Online Links

Image

 

Datuk Seri Najib Razak

Image


Tan Sri Muhyiddin Yassin

Image

 


Tun Dr Mahathir Mohamad

Image


Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Image

 

UMNO

Image

 

MCA

Image

 

MIC

Image

 

Gerakan

Image

 

PPP

2014 Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved. Email Contact : perakbn@gmail.com
email: perakbn@yahoo.com