HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
27/01/2012 - Hampir RM400 juta untuk RISDA bangunkan tanah seluruh negara
 

Sebanyak RM397 juta diperuntukkan RISDA bagi memajukan tanah seluas 50,000 hektar bagi projek tanam semula getah di seluruh negara pada tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata projek berkenaan bertujuan menambah pendapatan kira-kira 40,000 pekebun-pekebun kecil sehingga RM2,500 sebulan.

"Jumlah peruntukan ini termasuk dalam bajet RM1.8 bilion yang diperuntukkan kerajaan kepada beberapa agensi seperti FELDA, FELCRA dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata, kerajaan berusaha untuk membantu pekebun kecil di negara ini menerusi pelbagai pendekatan bersesuaian.

Selain itu katanya, RISDA juga mensasarkan hasil tanaman meningkat hampir sekali ganda iaitu sebanyak RM300 juta tahun ini berbanding RM198 juta pada tahun lalu.

"Kita menggalakkan pekebun kecil mengikuti kursus intensif dengan mengajar mereka bagaimana cara untuk menoreh getah menggunakan aplikasi peralatan moden untuk meningkatkan hasil pendapatan.

"Baja secara percuma juga diberikan kepada pekebun luar bandar kerana kita tahu kos untuk membeli baja itu tinggi," katanya.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Umno Youth goes down to the ground and helps those in need .
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com