HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
23/01/2012 - Pasukan khas untuk kenal pasti miskin tegar di Perak
 

Kerajaan negeri mewujudkan satu pasukan khas untuk mengenal pasti keluarga atau individu miskin bagi memudahkan pemantauan dibuat oleh agensi berkaitan dalam menangani masalah miskin tegar di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata beliau sudah mengarahkan agensi berkaitan untuk mewujudkan pasukan berkenaan yang berfungsi untuk menyenarai dan memantau golongan sasar itu.

"Menerusi pasukan berkenaan, ia memudahkan kita untuk mengetahui mereka yang layak mendapat bantuan.

"Pada masa sama, kita mahu membantu mereka tidak bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan budaya," katanya.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri menerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan turut menyumbangkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bernilai MR36,000 sebuah kepada dua keluarga miskin di Buntong dan Kampung Baru Ampang.

"Selain memberi keselesaan kepada penghuninya, ia sebagai keprihatinan kerajaan negeri terhadap golongan miskin di negeri ini terutama menjelang sambutan Tahun Baru Cina tahun ini," katanya.



 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Umno Youth goes down to the ground and helps those in need .
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com