HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
22/01/2012 - Penyertaan golongan kecil tidak gentar BN di Perak
 

Kemasukan beberapa individu Melayu ke dalam parti DAP tidak menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Perak kerana ia hanya disifatkan kes terpencil.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kemasukan Melayu ke dalam parti itu adalah perkara biasa dan pernah terjadi sebelum ini di Perak.

"Kes ini bukanlah pertama kali dan dalam sejarah DAP pun pernah ada kemasukan di kalangan pemimpin dari BN. Namun, ia tidak memberi kesan apa-apa kepada Perak," katanya.

Zambry berkata demikian ketika mengulas mengenai kemasukan dua orang Melayu terdiri seorang ahli perniagaan dan seorang peguam masing-masing berusia 20-an yang menyertai DAP.

Beliau turut menyifatkan kes itu adalah terpencil dan tidak menggugat keyakinan rakyat terhadap pemerintahan BN di negeri ini.

"Kalau memberi kesan, sudah lama lagi penyertaan orang Melayu ke dalam DAP memberi kesan kepada kita. Tetapi kini tiada apa-apa pun," katanya.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Umno Youth goes down to the ground and helps those in need .
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com