HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
21/01/2012 - Zambry cabar DAP buktikan ia bukan parti perkauman
 

DAP dicabar supaya meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu sekiranya parti itu ikhlas dalam niat mereka untuk menjadi parti yang bukan berasaskan perkauman.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau bagaimanapun yakin parti tersebut tidak boleh keluar daripada kepompong ‘chauvinistik' mereka yang hanya ke arah pada satu kaum sahaja.

"Mereka cuba nak jadi parti yang bukan berasaskan perkauman, tetapi lihatlah kawasan yang mereka wakili ketika ini, semuanya adalah kawasan majoriti di mana satu kaum sahaja yang tinggi kelompoknya.

"Kalau betul mereka hendakkan Melayu, cuba letak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu. Kita tengok samada mereka boleh menang atau pun tidak" katanya.

Zambry berkata, parti DAP lebih mengamalkan sikap perkauman, apabila mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pemimpinnya yang terang-terang mengamalkan politik ala apartheid.

"Jelas sekali salah seorang pemimpinnya telah menunjukkan sikap perkauman tetapi hingga sekarang kontroversi itu tidak mendapat sebarang tindakan dari parti itu," katanya.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Umno Youth goes down to the ground and helps those in need .
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com