HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
14/01/2012 - Kepentingan golongan OKU sentiasa diambil kira
 

Satu seminar khas berkaitan kepentingan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) akan diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai khususnya pemilik dan pengurus bangunan awam supaya menyediakan lebih banyak kemudahan yang mudah diakses golongan berkenaan.

Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kee, berkata seminar itu bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih mudah diakses bagi memastikan golongan OKU mampu bergerak secara bebas dalam persekitaran awam.

"Meningkatkan kemudahan seumpama itu penting kerana selain membolehkan golongan OKU mengambil bahagian dalam aktiviti harian seperti membeli belah, ia juga memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

"Kita berusaha untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pihak berkuasa tempatan, sekaligus mendidik mereka dengan menyediakan premis awam serta kemudahan yang dilengkapi ciri-ciri mesra OKU," katanya.

Heng berkata, penyediaan kemudahan akses bagi OKU memang wajib diadakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam dan bermula tahun lalu, peraturan itu sudah diikuti pihak berkuasa tempatan seluruh negara.

"Kami juga mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan ciri-ciri mesra OKU mengenai perkhidmatan pengangkutan awam seperti Rapid KL dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)," katanya.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Umno Youth goes down to the ground and helps those in need .
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com